Friday 25 May 2012

Laporan Aktiviti 6

1. Aktiviti : Riddles
2. Tarikh : 8 Mei 2012
3. Masa : 12:45 tengahari – 2:05 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Teka-teki telah diadakan untuk mengajar para ahli PNB untuk berfikir tentang apakah teka-teki yang diberikan. Pelbagai jenis teka-teki dapat dikongsikan dan saling bertukar antara satu sama lain. Pada tarikh ini juga kelab perpustakaan mengadakan program yang dinamakan 'Treasure Hunt' untuk semua kelab dan persatuan. Sebanyak tiga orang ahli kami menyertainya dan telah mendapatkan tempat ke-2.

8. Hasil Aktiviti :-
Ahli-ahli aktif didalam kelab ini sedikit sebanyak dapat menimba ilmu selain berseronok dengan aktiviti yang telah disediakan.

Laporan Aktiviti 5

1. Aktiviti : Money Puzzle dan Billionaire
2. Tarikh : 25 April 2012
3. Masa : 12:45 tengahari – 2:05 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Selaku yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala tugas dalam kelab ini, money puzzle telah kami pilih pada tarikh berkenaan. Mereka diarahkan supaya mencantum semula puzzle yang telah diberi. Pada tarikh ini, kami menjalankan dua aktiviti. Lagi satu ialah permainan Billionaire yang melibatkan pelaburan duit untuk membeli, menjual, dan membina rumah ditanah yang telah kita dapatkan.

8. Hasil Aktiviti :-
Aktiviti ini telah dijalankan dengan baik dan semua yang sertainya terhibur.

Laporan Aktiviti 4

1. Aktiviti : Gotong-royong perdana
2. Tarikh : 31 Mac 2012
3. Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengahari
4. Tempat : Mengikut tempat yang telah ditetapkan.
5. Kehadiran : 19/19
6. Nama Guru Penasihat :-
                a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
                b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7.   Laporan Aktiviti :-
Pada tarikh ini, kami warga SMK Iskandar Shah telah menjalani aktiviti gotong-royong perdana dalam keadaan hujan. Kami tetap melakukannya tanpa sebarang masalah. Tempat yang telah ditetapkan ditukar kepada kelas masing-masing dan ada sesetengah daripada kami melakukan aktiviti cat tiang di kaki lima.

8. Hasil Aktiviti :-
Sebagai kesimpulan, aktiviti ini dapat dijalankan dengan sempurna dan semua aktiviti telah diselesaikan dengan baik.
 
Tempelate Designed by Nanie|Copyright-2014 Protected | Infinite