Friday 6 July 2012

Laporan Aktiviti 11

1. Aktiviti : Perbincangan Modul
2. Tarikh : 4 Julai 2012
3. Masa : 12:45 tengah hari – 2:25 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Kami membuat perbincangan modul tentang asas perancangan kewangan untuk dibentangkan pada perjumpaan yang akan datang. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberikan 2 tugas untuk dibentangkan nanti. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dan bekerjasama supaya dapat menghasilkan satu tugasan yang baik.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhannya, ahli-ahli dapat bekerjasama dalam satu kumpulan walaupun bebeza dari segi umur. Perbincangan ini akan membawa satu perbentangan yang sangat menarik pada minggu yang akan datang.





Laporan Aktiviti 10

1. Aktiviti : Kaunter Pelaburan dan Pameran PNB
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 2:00 – 5:00 petang
4. Tempat : Dewan Alamanda, Jasin
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Pada hari yang sama, pihak PNB telah mempamerkan pameran berkaitan pelaburan. Pameran tersebut mendapat sambutan orang ramai juga guru-guru yang terlibat serta para peserta pidato dari sekolah yang lain juga guru pengiring mereka.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhan, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat pujian kerana masing-masing berada dalam keadaan yang selesa dan senyap. Peserta pidato dari SMK Iskandar Shah itu telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan ini dan secara langsung menaikkan prestasi kokurikulum sekolah. Seterusnya, beliau akan ke peringkat kebangsaan untuk bersaing dengan peserta yang lain yang telah berjaya di peringkat negeri.



Laporan Aktiviti 9

1. Aktiviti : Pidato PNB
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 2:00 - 5:00 petang
4. Tempat : Dewan Alamanda, Jasin
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Pertandingan Pidato PNB ini dijalankan pada hari yang sama disebelah petangnya. Seramai 6 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. SMK Iskandar Shah telah menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu Ku Arenurain Nasihah binti Ku Yin.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhan, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat pujian kerana masing-masing berada dalam keadaan yang selesa dan senyap. Peserta pidato dari SMK Iskandar Shah itu telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan ini dan secara langsung menaikkan prestasi kokurikulum sekolah. Seterusnya, beliau akan ke peringkat kebangsaan untuk bersaing dengan peserta yang telah berjaya di peringkat negeri.








Laporan Aktiviti 8

1. Aktiviti : Explore Race PNB Pertama
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 8:30 – 11:00 pagi
4. Tempat : Dalam Kawasan Sekolah
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Kelab Pelaburan Bijak telah menganjurkan aktiviti Explore Race buat kali pertama di SMK Iskandar Shah dan sekolah ini telah menjadi wakil untuk negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, seramai 125 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini - 60 pelajar untuk menengah atas dan dibahagikan kepada 12 kumpulan dan 65 pelajar untuk 13 kumpulan buat menengah rendah. Pelajar Tingkatan 6 bawah juga telah memberi kerjasama untuk menjaga checkpoint yang telah ditetapkan.

8. Hasil Aktiviti :-
 Secara keseluruhan, aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan tetapi mendapat sambutan yang tidak diduga. Tambahan pula, sebanyak 3 buah kumpulan untuk menengah atas dan menengah bawah yang telah berjaya menamatkan explore race ini dan mendapat markah yang tertinggi. Kumpulan yang selebihnya mendapat saguhati. Tahniah buat mereka dan diharapkan explore race PNB ini akan mendapat galakkan buat masa akan datang dan dapat dijalankan untuk setiap tahun.











 
Tempelate Designed by Nanie|Copyright-2014 Protected | Infinite