Friday 6 July 2012

Laporan Aktiviti 8

1. Aktiviti : Explore Race PNB Pertama
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 8:30 – 11:00 pagi
4. Tempat : Dalam Kawasan Sekolah
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Kelab Pelaburan Bijak telah menganjurkan aktiviti Explore Race buat kali pertama di SMK Iskandar Shah dan sekolah ini telah menjadi wakil untuk negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, seramai 125 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini - 60 pelajar untuk menengah atas dan dibahagikan kepada 12 kumpulan dan 65 pelajar untuk 13 kumpulan buat menengah rendah. Pelajar Tingkatan 6 bawah juga telah memberi kerjasama untuk menjaga checkpoint yang telah ditetapkan.

8. Hasil Aktiviti :-
 Secara keseluruhan, aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan tetapi mendapat sambutan yang tidak diduga. Tambahan pula, sebanyak 3 buah kumpulan untuk menengah atas dan menengah bawah yang telah berjaya menamatkan explore race ini dan mendapat markah yang tertinggi. Kumpulan yang selebihnya mendapat saguhati. Tahniah buat mereka dan diharapkan explore race PNB ini akan mendapat galakkan buat masa akan datang dan dapat dijalankan untuk setiap tahun.











No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Nanie|Copyright-2014 Protected | Infinite