Friday 6 July 2012

Laporan Aktiviti 11

1. Aktiviti : Perbincangan Modul
2. Tarikh : 4 Julai 2012
3. Masa : 12:45 tengah hari – 2:25 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Kami membuat perbincangan modul tentang asas perancangan kewangan untuk dibentangkan pada perjumpaan yang akan datang. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberikan 2 tugas untuk dibentangkan nanti. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dan bekerjasama supaya dapat menghasilkan satu tugasan yang baik.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhannya, ahli-ahli dapat bekerjasama dalam satu kumpulan walaupun bebeza dari segi umur. Perbincangan ini akan membawa satu perbentangan yang sangat menarik pada minggu yang akan datang.





Laporan Aktiviti 10

1. Aktiviti : Kaunter Pelaburan dan Pameran PNB
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 2:00 – 5:00 petang
4. Tempat : Dewan Alamanda, Jasin
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Pada hari yang sama, pihak PNB telah mempamerkan pameran berkaitan pelaburan. Pameran tersebut mendapat sambutan orang ramai juga guru-guru yang terlibat serta para peserta pidato dari sekolah yang lain juga guru pengiring mereka.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhan, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat pujian kerana masing-masing berada dalam keadaan yang selesa dan senyap. Peserta pidato dari SMK Iskandar Shah itu telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan ini dan secara langsung menaikkan prestasi kokurikulum sekolah. Seterusnya, beliau akan ke peringkat kebangsaan untuk bersaing dengan peserta yang lain yang telah berjaya di peringkat negeri.



Laporan Aktiviti 9

1. Aktiviti : Pidato PNB
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 2:00 - 5:00 petang
4. Tempat : Dewan Alamanda, Jasin
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Pertandingan Pidato PNB ini dijalankan pada hari yang sama disebelah petangnya. Seramai 6 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. SMK Iskandar Shah telah menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu Ku Arenurain Nasihah binti Ku Yin.

8. Hasil Aktiviti :-
Secara keseluruhan, pertandingan ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat pujian kerana masing-masing berada dalam keadaan yang selesa dan senyap. Peserta pidato dari SMK Iskandar Shah itu telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan ini dan secara langsung menaikkan prestasi kokurikulum sekolah. Seterusnya, beliau akan ke peringkat kebangsaan untuk bersaing dengan peserta yang telah berjaya di peringkat negeri.








Laporan Aktiviti 8

1. Aktiviti : Explore Race PNB Pertama
2. Tarikh : 26 Jun 2012
3. Masa : 8:30 – 11:00 pagi
4. Tempat : Dalam Kawasan Sekolah
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
 Kelab Pelaburan Bijak telah menganjurkan aktiviti Explore Race buat kali pertama di SMK Iskandar Shah dan sekolah ini telah menjadi wakil untuk negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, seramai 125 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini - 60 pelajar untuk menengah atas dan dibahagikan kepada 12 kumpulan dan 65 pelajar untuk 13 kumpulan buat menengah rendah. Pelajar Tingkatan 6 bawah juga telah memberi kerjasama untuk menjaga checkpoint yang telah ditetapkan.

8. Hasil Aktiviti :-
 Secara keseluruhan, aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan tetapi mendapat sambutan yang tidak diduga. Tambahan pula, sebanyak 3 buah kumpulan untuk menengah atas dan menengah bawah yang telah berjaya menamatkan explore race ini dan mendapat markah yang tertinggi. Kumpulan yang selebihnya mendapat saguhati. Tahniah buat mereka dan diharapkan explore race PNB ini akan mendapat galakkan buat masa akan datang dan dapat dijalankan untuk setiap tahun.











Wednesday 13 June 2012

Laporan Aktiviti 7

1. Aktiviti : Mesyuarat PNB
2. Tarikh : 13 Jun 2012
3. Masa : 12:45 tengahari – 2:05 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
  Pada tarikh ini, kami telah berbincang untuk menguruskan explorace yang telah dianjurkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Sebanyak lapan kumpulan yang diperlukan untuk menyertai aktiviti ini. Setiap kumpulan mempunyai tujuh orang ahli kumpulan bagi menengah rendah dan menengah atas dan untuk kumpulan yang ke-8, ahli-ahli Kelab Pelaburan Bijak wajib mengikut serta dalam explorace ini.

8. Hasil Aktiviti :-
 Semua ahli Kelab PNB dapat bekerjasama dengan baik untuk melaksanakan explorace ini pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 26 Jun 2012 dan akan ada percubaan explorace ini pada 20 Jun 2012 bagi persiapan untuk hari berlangsungnya explorace ini.

Friday 25 May 2012

Laporan Aktiviti 6

1. Aktiviti : Riddles
2. Tarikh : 8 Mei 2012
3. Masa : 12:45 tengahari – 2:05 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Teka-teki telah diadakan untuk mengajar para ahli PNB untuk berfikir tentang apakah teka-teki yang diberikan. Pelbagai jenis teka-teki dapat dikongsikan dan saling bertukar antara satu sama lain. Pada tarikh ini juga kelab perpustakaan mengadakan program yang dinamakan 'Treasure Hunt' untuk semua kelab dan persatuan. Sebanyak tiga orang ahli kami menyertainya dan telah mendapatkan tempat ke-2.

8. Hasil Aktiviti :-
Ahli-ahli aktif didalam kelab ini sedikit sebanyak dapat menimba ilmu selain berseronok dengan aktiviti yang telah disediakan.

Laporan Aktiviti 5

1. Aktiviti : Money Puzzle dan Billionaire
2. Tarikh : 25 April 2012
3. Masa : 12:45 tengahari – 2:05 petang
4. Tempat : Makmal 1
5. Kehadiran : 19/19
6. Guru Penasihat :-
           a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
           b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7. Laporan Aktiviti :-
Selaku yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala tugas dalam kelab ini, money puzzle telah kami pilih pada tarikh berkenaan. Mereka diarahkan supaya mencantum semula puzzle yang telah diberi. Pada tarikh ini, kami menjalankan dua aktiviti. Lagi satu ialah permainan Billionaire yang melibatkan pelaburan duit untuk membeli, menjual, dan membina rumah ditanah yang telah kita dapatkan.

8. Hasil Aktiviti :-
Aktiviti ini telah dijalankan dengan baik dan semua yang sertainya terhibur.

Laporan Aktiviti 4

1. Aktiviti : Gotong-royong perdana
2. Tarikh : 31 Mac 2012
3. Masa : 8:00 pagi - 12:00 tengahari
4. Tempat : Mengikut tempat yang telah ditetapkan.
5. Kehadiran : 19/19
6. Nama Guru Penasihat :-
                a) Pn. Noor Anita binti Rahman.
                b) Pn. Suzihaswaty binti Ismail.

7.   Laporan Aktiviti :-
Pada tarikh ini, kami warga SMK Iskandar Shah telah menjalani aktiviti gotong-royong perdana dalam keadaan hujan. Kami tetap melakukannya tanpa sebarang masalah. Tempat yang telah ditetapkan ditukar kepada kelas masing-masing dan ada sesetengah daripada kami melakukan aktiviti cat tiang di kaki lima.

8. Hasil Aktiviti :-
Sebagai kesimpulan, aktiviti ini dapat dijalankan dengan sempurna dan semua aktiviti telah diselesaikan dengan baik.

Wednesday 29 February 2012

Laporan Aktiviti 3



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN,MELAKA.

1) Nama Aktiviti  : Program 3R
2) Tarikh : 29 Februari 2012
3) Masa : 12:05 - 2:05 Petang

4) Tempat : Makmal 1
5) Kehadiran : 19/20

6 ) Nama Guru Penasihat : 

  • Pn. Noor Anita Binti Hj. Rahman
  • Pn. Suzihaswaty Binti Ismail
7) Laporan Aktiviti


Kelab Pelaburan BIjak telah menjalankan Program 3R. Program ini bertujuan untuk mengitar semula barang terpakai supaya boleh menjadi barang yang berguna dan berfaedah. Program ini juga dapat memberi manfaat tentang pengitaran semula barang terpakai seperti surat khabar, tin dan botol.


8) Hasil Aktiviti


Secara ringkasnya , kelab Pelaburan Bijak sangat menyokong program 3R ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan supaya barang - barang yang boleh dikitar semula ini tidak dibuang tanpa berfikir akan kebaikannya.






Laporan Aktiviti 2



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN,MELAKA.

1) Nama Aktiviti  : Raptai Kawad Kaki
2) Tarikh : 15 Februari 2012
3) Masa : 7:25 - 9:05 pagi

4) Tempat : Padang SMKIS
5) Kehadiran : 19/19

6 ) Nama Guru Penasihat : 

  • Pn. Noor Anita Binti Hj. Rahman
  • Pn. Suzihaswaty Binti Ismail
7) Laporan Aktiviti


Kelab Pelaburan Bijak telah mengadakan raptai penuh kawad kaki untuk perhimpunan kokurikulum. Perhimpunan ini diadakan pada hari Rabu berdasarkan jadual waktu yang telah ditetapkan iaitu jadual B. Tambahan pula, setiap unit beruniform akan mengetuai kawad kaki bermula dengan Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba, PKBM, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Pengakap.

8) Hasil Aktiviti


Secara ringkasnya , aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik. Kelab Pelaburan Bijak berharap agar perhimpunan ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.






Sunday 26 February 2012

Laporan Aktiviti 1



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN,MELAKA.

1) Nama Aktiviti  : Mesyuarat Agong
2) Tarikh : 1 Februari 2012
3) Masa : 12:05 - 1:30 Petang

4) Tempat : Makmal 1
5) Kehadiran : 19/20

6 ) Nama Guru Penasihat : 

  • Pn. Noor Anita Binti Hj. Rahman
  • Pn. Suzihaswaty Binti Ismail
7) Laporan Aktiviti


Kelab Pelaburan Bijak telah mengadakan Mesyuarat Agong untuk memilih jawatankuasa yang penting seperti pengerusi , naib pengerusi , setiausaha , naib setiausaha , bendahari dan AJK Tingkatan .Selain itu , ahli-ahli kelab pelaburan bijak juga telah mencadang dan memberi beberapa cadangan untuk dilakukan sepanjang tahun ini.


8) Hasil Aktiviti


Secara ringkasnya , kelab Pelaburan Bijak akhirnya mendapat kata putus untuk pemegang ahli jawatankuasa yang penting . Aktiviti yang dicadangkan juga akan dilakukan pada masa akan datang.






Tuesday 21 February 2012

Jawatankuasa PNB


Jawatankuasa Kelab Pelaburan Bijak SMKIS 2012

  • Pengerusi              :  Noor Nabilah Binti Adnan               ( 4 Gamma )
  • Naib Pengerusi       :  Nur Nadhira Binti Abd Malek           ( 4 Alfa )
  • Setiausaha            :  Ainaa Syahirah Binti Zaini               ( 4 Gamma )
  • Naib Setiausaha     :  Aqilah Binti Hairudin                      ( 4 Beta )
  • Bendahari             :  Nur Amirah Nabilah Binti Ridzuan     ( 2 Intan )
  • AJK Tingkatan 4     :  Nabila Najwa Binti Mohd Yusof        ( 4 Alfa)
  • AJK Tingkatan 2     :  Nurul Asyikin Binti Jabfri                 ( 2 Berlian )
  • AJK Tingkatan 1     :  Nur Nabilah Binti Borhan                 ( 1 Intan )   
 
Tempelate Designed by Nanie|Copyright-2014 Protected | Infinite